Link youtube Tugasan video kumpulan Exotica05
https://www.youtube.com/watch?v=BFzsbQYICc0
Exotica05
Saturday, 27 May 2017
ANALISIS KRITIKAN POSTER FILEM
ANALISIS
UNSUR BUDAYA MELAYU DALAM POSTER FILEM 1957 : HATI MALAYA DAN TANDA PUTERA
(2013)
1.0
PENGENALAN
Poster merupakan salah satu media
promosi yang memaparkan tulisan, gambar atau pun kombinasi antara kedua duanya dengan
tujuan untuk memberikan informasi kepada khalayak ramai sama ada sebagai alat
propaganda, protes, penayangan filem, sesuatu majlis penting dan pelbagai lagi
agar di ketahui oleh orang awam. Informasi yang ada pada poster secara umumnya bersifat
untuk mengajak masyarakat. Selain itu, di dalam blogger Ahmad Maulana (2016)
poster ini umumnya ditampal di dinding atau permukaan yang biasanya di tempat-tempat
umum yang ramai orang awam agar informasi dan pesanan yang terdapat di dalam
poster tersebut boleh sampai kepada masyarakat. Poster juga mempunyai beberapa jenis
iaitu poster niaga, poster kegiatan, poster pendidikan, poster layanan masyarakat,
poster Propaganda, berisi tentang pengaruh yang diberikan kepada masyarakat umum,
poster Pencarian iaitu poster yang mencari sesuatu yang dicari sama ada manusia
mahupun benda, poster Filem, Poster Animasi dan Poster Komersil. Unsur penting
di dalam poster hendaklah mempunyai slogan yang menarik, Penggunaan warna,
pemilihan jenis huruf dan cara letak penulisannya perlu diambil kira dengan teliti
kerana itu merupakan unsur-unsur terpenting di dalam sebuah poster. Secara umumnya,
di dalam penerbitan filem poster merupakan titik yang terpenting kepada kejayaan
filem tertentu.
2.0
SINOPSIS FILEM
2.0.1 FILEM 1957 : HATI MALAYA (2007)
Panorama penjuang
bangsa yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus
pertahankan dan kekalkan negara yang diwarisi dengan berpegang kepada
intergriti Negara, kita punya tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan
lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan
kekal bersatu dikukuhkan dengan bahasa kebangsaan dan warisan kita.Hali, Salmi,
Rafik, Ani dan Ang Lee, mewakili generasi muda Malaysia yang dating dari latar belakang
dan pemikiran berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar ‘1957
Hati Malaya’. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan,
kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan
menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi dan membawa mereka pada era
semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan. Rakyat biasa miskin
dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di
bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui
perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar
‘pengorbanan’ dan ‘Merdeka”. Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas
kepada Kahayan Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya
pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu
melambatkan kemerdekaan. Datuk Onn Ja’afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) yang Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang
Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada
tahun 1946.
Filem 1957 Hati
Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah ia
mampu menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton. Memaparkan khazanah
negara itu antaranya memaparkan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk
Onn Jaafar serta saat-saat bendera Malayan Union diturun dan merdeka
dilaungkan. Menerusi filem tersebut juga kita dapat melihat betapa tingginya
semangat jati diri kaum Melayu ketika itu. Penduduk Malaya yang inginkan
kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit
semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London.
Senario itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan
rakan-rakan kekurangan perbelanjaan untuk menuntut kemerdekaan di London.
Kamarulzaman Taib yang memegang watak Tunku berjaya menggamit perhatian
penonton. Lakonannya cukup berkesan dan begitu juga dengan watak Onn Jaafar
yang diterajui oleh Zaefrul Nadzarine. Filem arahan Shuhaimi Baba ini yang
menampilkan pelakon seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah
Amani, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Ida Nerina dan Douglas Lim itu turut
menayangkan filem-filem lama yang mengimbau sejarah kemerdekaan negara.
2.0.2 FILEM TANDA PUTERA (2013)
Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka
Shuhaimi Baba merupakan filem berkonsepkan kenegaraan yang mempersembahkan
persahabatan yang erat antara Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak
dan timbalannya, Tun Dr Ismail mengharungi perjuangan kepimpinan negara selepas
peristiwa rusuhan kaum. Masalah utama yang dihadapi ialah status kesihatan yang
meruncingkan. Pada hakikatnya, Tun Razak menghidap leukemia dan Tun Dr. Ismail
menghidap masalah jantung (kedua-duanya serius). Tun Razak terpaksa menyimpan
rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga
tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor.
Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka
oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr
Ismail sendiri Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969
menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail),
Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman
(Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari
Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr
Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif). Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara),
Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa),
Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), AhyaU (Zaman) dan Alan Yun (Allen).
Selain itu, filem ini juga turut sarat
dengan emosi dan tragedi menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat
(Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz
Fairuz (Tan Sri ArshadAyub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd
Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk HarunIdris), Chew Kin Wah
(Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah),
Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan
Aidil AF (Datuk Senu). Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd
dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia
Development Corporation (MDeC).
3.0.1 BAHASA DAN POSTER.
3.0.1.1 FONT
Font merupakan salah satu elemen
kreatif di dalam dunia design yang sangat unik. Secara umumnya, font boleh
ditafsirkan sebagai “visual language” atau lebih bermaksud “Bahasa yang dapat
di lihat”. Menurut Roy Brewer
(1971) pula, font dapat diertikan sebagai proses dalam pemilihan baris-baris
susunan huruf yang tidak termasuk unsur ilustrasi.
Berdasarkan poster filem Hati Malaya 1957 jelas menunjukkan
penggunaan font yang biasa dilihat di dalam word iaitu “Arial”. Font Arial mempunyai banyak jenis antaranya
seperti Regular, Italic, Medium, Medium Italic, Bold, Bold Italic, Black, Black
Italic, Extra Bold, Extra Bold Italic. Namun demikian, font Arial yang
digunakan di dalam poster ini lebih kepada Arial bold sahaja. Penggunaan font
ini di dalam poster ini lebih terlihat menonjol berwarna putih dan hitam
daripada grafik. Hal ini demikian kerana, pemilihan warna latar belakangnya
yang kurang menonjol seperti warna biru dan kelabu sangat sesuai menggunakan
warna sedemikian. Selain itu, susunan tulisannya juga kelihatan sekata dan
lebih menarik kerana tersusun dan mata audiens mudah tertumpu terhadap tajuk
filem tersebut di dalam poster.
Selain itu, di dalam poster filem Tanda Putera (2013) pula
menunjukkan penggunaan font yang seakan-akan seperti jenis tulisan “Copperlate Gorhic Bold”. Penggunaan
jenis tulisan juga biasa seperti filem Hati Malaya 1957 yang kelihatan biasa
namun menonjol di dalam poster. Namun
demikian, terdapat unsur yang ditambah di atas font tersebut iaitu percikan
darah yang kelihatan teks tersebut mempunyai maksud yang tersirat. Walaupun
latar belakangnya poster filem ini mempunyai pelbagai jenis warna namun jenis
tulisannya tetap menonjol dan mudah disedari oleh audiens. Selain itu, font
yang digunakan juga adalah bold dan lebih jelas kerana jenis tulisan yang
berwarna putih.
Kedua-dua filem tersebut menggunakan elemen font yang lebih
kurang sama sahaja. Selain itu, penggunaan jenis font juga tidak terlalu banyak
dan hanya menggunakan dua atau tiga jenis font sahaja yang biasa sahaja.
Walaupun menggunakan beberapa jenis font yang lain namun peletakannya di dalam
poster kelihatan sangat teratur dan segala maklumat yang disampaikan boleh
dibaca oleh audiens dengan jelas.
3.0.1.2 WARNA POSTER
Berdasarkan daripada poster juga dapat
mencipta persepsi atau tanggapan kepada masyarakat. Hal ini bertujuan untuk
meletakkan produk ini di dalam fikiran masyarakat untuk tertanya-tanya lalu
ingin menonton filem ini.
Berdasarkan
poster filem Hati Malaya 1957, penggunaan warna posternya adalah warna putih
dan biru awan serta kelabu. Setiap penggunaan warnanya mempunyai sebab dan
maksudnya sendiri. Terlebih dahulu, warna putih dan biru boleh di kategori kan
sebagai warna yang lembut dan merupakan unsur warna emosi yang menimbulkan
ketenangan manakala warna kelabu pula dapat ditafsirkan sesuatu yang silam dan
sesuai menunjukkan filem tersebut berunsurkan sejarah pada zaman dahulu.
Penggunaan ketiga-tiga warna di dalam poster ini secara keseluruhannya dapat
ditafsirkan filem yang berunsur sejarah yang mempunyai unsur kecintaan apabila
dibantu dengan penggunaan grafik.
Selain itu, di
dalam poster filem Tanda Putera (2013) pula lebih menggunakan warna-warna yang
panas iaitu merah, hitam dan hijau tua. Penggunaan warna ini di dalam poster
dapat ditafsirkan bahawa filem ini mempunyai emosi yang kuat seperti kemarahan
dan dendam. Warna merah yang memberi maksud kepada kekuatan, agresif, simbol
dari api, darah, bahaya, kekerasan, kehangatan, balas dendam dan panas. Hitam
pula memberi maksud kepada melambangkan sesuatu yang negatif, kekuatan,
misteri, kekayaan, ketakutan, kejahatan, tidak bahagia, perasaan yang dalam,
kesedihan, dan kemarahan. Namun demikian, poster ini lebih menonjolkan unsur
api yang boleh memberikan persepsi kepada masyarakat bahawa filem ini yang
berunsurkan kemarahan dan rusuhan.
Oleh hal yang
demikian, antara kedua-dua filem ini dapat dilihat daripada posternya yang
merupakan filem berunsurkan sejarah namun mempunyai penggunaan warna yang
berbeza antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana, jalan cerita yang
berbeza di antara kedua-dua filem tersebut.
3.0.2
WATAK DAN PERWATAKAN
3.0.2.1
FILEM 1957 : HATI MALAYA (2007)
Selain itu, di dalam poster filem ini
juga ada meletakkan watak utama di dalam filem ini. Wajah watak utama selalunya
akan digunakan di dalam poster sama ada watak protagonist mahupun antagonis.
Ini akan menambahkan lagi tarikan terhadap pencapaian filem tersebut ditambahkan
lagi pelakon tersebut adalah terkenal.
Poster filem Hati Malaya tertarik kepada satu perkara. Perkara yang menjadi
faktor utama dalam sesebuah filem. Bagi watak lakonan Maya Karin, Rusdi Ramli,
Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli, tidak perlu saya sentuh di sini. Tetapi,
dua watak utama yang cukup menonjolkan dan memberikan kesan ialah Tunku Abdul
Rahman (lakonan Kamarulzaman Taib) dan Onn Jaafar (lakonan Zaefrul Nordin).
Saya berani kata, inilah watak yang mampu memberikan emosi kepada penonton.Wwatak-watak
penting telah diletakan dalam poster untuk menarik perhatian para penonton
terutamanya watak utama dalam filem ini
ialah Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib) dan Dato’Onn Jaafar (Zaefrul
Nordin), kedua-dua watak ini telah memberi kesan yang mendalam kepada khalayak penonton
hanya melalui gambaran dalam poster.Cara
make over and makeup berjaya mengubah muka dan gaya pelakon untuk lebih
menghayati watak bukan saja dari segi fizikal, malah penghayatan serta mainan
emosi pelakon itu berjaya mendapat tempat di hati penonton. Gambaran tokoh
Dato’On dalam poster membolehkan ramai penonton untuk berfikir apakah dumbangan
watak dalam filem tersebut dan dalam sejarah asal Malaysia.
Selain itu watak sampingan yang terdapat dala poster memberi impak yang positif
terhadap penonton apabila gambar perarakan dan gamabar tokoh. Maya Karin dalam poster sebagai gadis kampung
bersama kekasihnya dengan posisi memegang tangannya dengan reaksi meka mampu
menarik lagi peminat untuk menonton filemnya. Sub tema dalam filem ini telahpun
ditonjolkan melaui gambaran watak Maya Karin apabila diketahui mempunyai kisah
cinta dalam filem Hati Malaya. Kisah cinta di antara dua pemuda pada masa itu
untuk menarik perhatian khalayak supaya tidak berasa bosan kerana jalan
ceritanya adalah bersejarah. Kisah cinta antara Maya Karin dan Rusdi Ramli
ingin diketahui oleh ramai penonton remaja menjayakan filem ini hanya melaui
poster.
3.0.2.2 Tanda Putera
Tanda Putera merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah menurut pendapat pengarah
Suhaimi Baba mengenai persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak
tercetusnya peristiwa 13 Mei. Psoter Filem ini membariskan pelakon
seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.Filem yang mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di
antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi
Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang
terpaksa berahsia telahpun digambar kan poster dengan riaksi muka dan emosi
pelakon dalam poster cukup memaikan peranan untuk membuat andaian dalam
pemikiran para penonton dan memberi keiginan untuk menoton filemnya. Kedua-dua
isteri kepada dua para pejuang telahpun memaikan peranan dalam poster apabila
mereka adalah memberi sumbangan yang positif dalam membantu suami dalam
mendapat kemerdekaan kepada tanah air satu ketika dahulu. Watak dalam poster
ini membolehkan penonton untuk mengetahui jalan ceritanya dan mengetahui
sumbangan watak yang kita tidak diketahui selama ini melaui filem.
3.0.3 BUSANA DAN MAKE-UP
Busana dan make – up merupakan unsur
yang penting di dalam poster. Hal ini demikian kerana, penggunaan busana dan
make – up ini mampu menghidupkan penggunaan grafik terhadap watak di dalam
poster.
FILEM
1957 : HATI MALAYA
Poster
di dalam filem ini telah memaparkan dari segi penggunaan busana nya adalah berdasarkan
daripada unsur budaya Melayu yang lebih menggunakan busana Melayu seperti baju
Melayu dan kemeja bagi lelaki dan wanita berbaju kebaya. Namun demikian, kelihatan juga baju moden
yang dipakai oleh masyarakat kini yang menunjukkan arus kemodenan yang telah
berubah seperti baju t-shirt yang dipakai oleh watak sampingan di dalam poster.
Cara pemakaian orang Melayu pada zaman 1957 adalah sedemikian rupa dan busana
tersebut juga merupakan busana yang dipakai sejak turun temurun dari zaman
penjajahan lagi. Oleh itu, setiap watak di dalam poster tersebut telah
mengenakan busana sedemikian untuk menguatkan lagi genre filem tersebut yang
bersifat sejarah Melayu.
Selain
itu, dari segi penggunaan make-up pula oleh pelakon di dalam poster ini pula
bersifat natural iaitu tidak berlaku perubahan wajah. Penggunaan make-up oleh
watak utama di dalam grafik poster ini iaitu watak Maya Karin dan Rusdi Ramli
jelas menunjukkan wajah mereka yang natural begitu juga beberapa grafik watak
sampingan lain yang terpapar di dalam poster tersebut.
3.0.2 FILEM
TANDA PUTERA (2013)
Penggunaan
busana di dalam poster filem ini lebih menggunakan sut busana formal iaitu
watak utama di dalam poster mengenakan busana tersebut. Bagi watak lain di
dalam poster ini pula iaitu dua orang wanita jelas menunjukkan busana Melayu
iaitu baju kurung. Walaupun demikian, busana mereka gunakan kelihatan tidak
terlalu ditonjolkan.
Selain
itu, dari segi make-up watak di dalam poster pula menunjukkan watak utama dan
pelakon lain menggunakan make-up yang natural iaitu wajah Rusdi Ramli dan Zizan
Nin namun lebih menunjukkan gaya mengikut watak mereka iaitu “TUN” dan “Dr”.
Unsur lain juga disebabkan dengan adanya penggunaan kaca mata tersebut telah
menampakkan wajah mereka seperti berumur dalam lingkungan 40-an. Manakala,
watak wanita Faezah Elai "Tun" dan Linda Hashim sebagai “Toh Puan”
menunjukkan wajah mereka dikenakan make-up yang tebal dan menyerlah serta
rambut mereka yang disanggul cantik mengikut gaya golongan elit.
3.0.4 PERALATAN
Dalam menjayakan sebuah filem peralatan
amat memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sebuah filem yang amat
cantik, kemas dan teratur. Hal ini kerana, peralatan-peralatan yang digunakan
adalah salah satu penyebab sesebuah filem itu berjaya atau pun tidak kerana
mempunyai fungsi yang tersendiri.
Dalam Filem Hati Malaya 1957,
terdapat banyak peralatan yang digunakan dalam menjayakan filem tersebut.
Antaranya ialah sepanduk yang berfungsi sebagai satu alat demonstrasi yang
digunakan pada masa itu untuk menyuarakan ke tidak puas hati mereka pada masa
itu.
Selain itu, peralatan lain
yang digunakan ialah microphone yang
berfungsi sebagai alat atau komponen audio yang digunakan untuk merakam signal
audio, vokal, akustik instrumen, atau apa-apa sahaja yang menjadi sumber suara.
Komponen dasar dari semua mikrofon adalah sama, iaitu sebuah sensor yang mengesan
getaran dari molekul-molekul udara dan mengubah getaran tersebut menjadi tenaga
elektrik.
Pemilihan mikrofon haruslah lebih teliti dan
berhati-hati.Hal ini kerana untuk mencegah kurangnya kemampuan mikrofon dari kemampuan
yang minimum.Oleh itu, mikrofon yang digunakan haruslah sesuai dengan keadaan
situasi sesuatu perfileman dan jenis keadaan filem tersebut.
Manakala bagi filem Tanda Putera
pula, peralatan yang digunakan ialah sepanduk atau banner yang bersaiz kecil
untuk menunjukkan ke tidak puas hati mereka pada ketika itu. Sebanyak dua
sepanduk yang digunakan. Selain itu, kereta juga turut digunakan dalam
menjayakan filem tersebut. Namun kereta tersebut telah dirosakkan oleh rakyat
pada masa itu ekoran pergolakan perkauman yang berlaku pada masa itu.
3.0.5 Latar Belakang Tempat
Latar ialah keterangan mengenai waktu,
ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa.
Dalam aspek drama, latar ialah gambaran yang tersedia di belakang prop. Latar juga turut berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, di samping mengembangkan tema, persoalan dan plot. Latar terbahagi kepada tiga iaitu Latar tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita. Kedua latar masa iaitu tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita dan ketiga ialah latar masyarakat iaitu keadaan masyarakat di tempat cerita itu berlaku. Gambaran ini juga termasuklah agama, kepercayaan dan pekerjaan masyarakat di kawasan tersebut.
Dalam aspek drama, latar ialah gambaran yang tersedia di belakang prop. Latar juga turut berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, di samping mengembangkan tema, persoalan dan plot. Latar terbahagi kepada tiga iaitu Latar tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita. Kedua latar masa iaitu tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita dan ketiga ialah latar masyarakat iaitu keadaan masyarakat di tempat cerita itu berlaku. Gambaran ini juga termasuklah agama, kepercayaan dan pekerjaan masyarakat di kawasan tersebut.
Dalam Filem Hati Malaya 1957 amat jelas
memaparkan latar tempat pada zaman Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul
Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Perdana Menteri bagi
Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, latar tempat di mana Pada 31 Ogos 1957
bertempat di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan
kemerdekaan Tanah Melayu dengan bersaksikan puluhan ribuan masyarakat pada
ketika itu melihat dan mendengar Tunku Abdul Rahman dengan penuh bersemangat
melaungkan seruan MERDEKA.
Oleh yang demikian, Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi
pada 31hb Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium
Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu,
tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet kerajaan Persekutuan dan
rakyat jelata. Pada upacara bersejarah itu juga turut wakil Queen Elizabeth II,
Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah
Melayu.
Bagi Filem Tanda Putera pula ialah,
amat jelas menunjukkan bahawa rusuhan kaum yang terjadi pada tahun 13 Mei 1969
dalam kalangan kaum cina dan melayu.Isu pada masa itu juga turut dilabelkan
sebagai isu yang amat buruk yang pernah terjadi pada tahun itu iaitu “sejarah
hitam” bagi semua kaum. Perselisihan berlaku bukanlah disebabkan rasa tidak
puas hati tetapi adalah kerana hasutan oleh pihak komunis. Selain itu, peristiwa
13 Mei 1969 juga di sebabkan jurang sosioekonomi kaum Melayu dan Cina yang
semakin luas. Oleh itu, sebagai natijahnya, Tun Abdul Razak cuba mengurangkan
perbezaan jurang dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Filem Tanda
Putera amat jelas menggunakan latar belakang tempat dan masa pada 13 MEI 1969 di mana tercetusnya rusuhan
kaum antara cina dan Melayu yang penuh dengan emosi yang amat tegang.
3.0.6 SIMBOL DALAM POSTER
3.0.6.1
FILEM 1957 : HATI MALAYA (2007)
Simbol dalam poster memainkan peranan
yang penting dengan mesej yang tertentu. Bukan sekadar tarikan untuk penonton
sahaja, malah ada makna tersirat di sebalik simbolik yang digunakan. Dalam
filem Hati Malaya 1957, poster filem tersebut mempamerkan simbol yang jelas dengan
penggunaan warna, kedudukan gambar dan tulisan serta simbol-simbol yang di
gabungkan. Penggunaan warna memainkan peranan yang penting kerana akan memberi
sedikit sebanyak pendedahan kepada penonton untuk mengenal pasti jenis filem
yang ditayangkan. Sebagai contoh, penggunaan simbol awan melambangkan
ketenangan. Awan yang biru bersesuaian dengan tema penceritaan. Emosi watak
utama dalam filem tersebut memberi raut wajah senyuman yang menunjukkan
ketenangan.
3.0.6.2
FILEM TANDA PUTERA (2013)
Dalam poster filem Tanda Putera,
penggunaan simbol yang dipamerkan lebih menunjukkan ketegangan dan gambaran
konflik. Ini jelas dapat dilihat melihat melalui unsur latar belakang yang
diguna pakai. Tamsilan nya, simbol api menunjukkan gambaran konflik dan peperangan
yang tercetus. Emosi watak yang dimainkan memaparkan emosi ketegangan. Serta,
pemilihan warna melambangkan simbol ketegangan yang tercetus dalam filem Tanda
Putera.
3.0
PENUTUP
Secara tuntas nya, berdasarkan analisis
yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa poster dalam sesebuah filem amat
memainkan peranan penting. Ia bukan sahaja sebagai strategi pemasaran mahupun tarikan
penonton justeru juga terkandung makna tersirat di sebalik poster filem yang
menggunakan simbolik tertentu secara nyata mahupun tidak. Setiap poster mempunyai kekuatan dan
kelemahan yang dapat dianalisis secara terperinci melalui pengamatan dalam
kupasan seperti yang telah dikemukakan.
4.0
LAMPIRAN
Poster filem Hati Malaya 1957
5.0
Rujukan
Subscribe to:
Comments (Atom)

